Sunday 12 January 2014

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR


Assalamualaikum WBT.

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di ruangan blog ini. Maka hari ini terdetik untuk berkongsi nasihat ibu saudara saya kepada pembaca. Saya sedar yang saya sebenarnya tidak layak untuk berkongsi perihal agama kerana ilmu agama saya cukup terbatas. Namun begitu, bak kata orang perkonsian ilmu yang baik untuk orang lain akan menjadi bekal buat saya kelak. Ini hanyalah perkongsian nukilan ibu saudara saya yang banyak membantu saya.

Tazkirah malam
_______________
EMPAT HAL SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpeshan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran 

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat

3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrohmaan irrohiim, ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahussomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma sollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aaliihi Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau “ Astaghfirullaahal aziim allazii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

No comments:

Post a Comment